Pages

Sunday, November 7, 2010

E-BOOK:SEJARAH RINGKAS PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

Ebook: Sejarah Ringkas Pertubuhann Silat Seni Gayong Malaysia

Syukur Alhamdulillah akhirnya Buku Sejarah Ringkas mengenai Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia ini dapat juga disiapkan. Buku ini asalnya diterbitkan untuk pengetahuan dan pemahaman ahli-ahli silat SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor dan SM Teknik, Kuala selangor namun secara umumnya ianya adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai Silat seni Gayong ini. Idea untuk menulis buku ini timbul ekoran soalan-soalan yang sering ditanya kepada ahli silat semasa sesi ujian kenaikan bengkong dan seringkali juga tidak dapat dijawab dengan tepat. Maka diharapkan dengan kehadiran buku ini dapat membantu ahli silat untuk memahami Silat Seni Gayong ini serta dapat membantu ketika sesi soal jawab dilakukan ketika ujian kenaikan bengkong.

Apa Yang Anda Akan Perolehi Dengan Membeli E-book ini:

  • Anda dapat mengetahui cita-cita dasar silat seni gayong
  • Falsafah Silat Seni Gayong
  • Nilai-nilai luhur yang perlu diketengahkan
  • Pengertian daripada Kalimah GAYONG itu sendiri
  • Sejarah Allahyarham Dato Tengku Daeng Abdul Rahman Bin Tengku Daeng Uda Mohd hashim
  • Pantang-larang dalam silat Seni Gayong
  • Sistem Pelajaran-disenaraikan pelajaran-pelajaran yang ada di dalam Silat Seni Gayong yang saya(penulis) pelajari mungkin ada banyak lagi sebenarnya.
  • sistem Bengkong
  • Adat Istiadat -Pengambilan anak murid Gayong - cara akad, dan lafaz-lafaz yang kita sebut semasa perlimau tapak dan seni ( kebiasaannya kita terlupa perkara ini setelah diperlimau tapak semoga buku ini memberi satu dokumentasi untuk kita ingat kembali ikrar kita)
  • juga termasuk bahan-bahan yang diguna .
  • Adat dan adab Buka Gelanggang (sebelum dan Selepas Latihan)
  • Lambang-lambang dalam Silat Seni Gayong dan huraiannya.
  • Warna Gayong
  • Amanah Dato Meor Abdul Rahman
Berapa Harga Buku ini?
1.Buku ini boleh dibeli secara secara Online dalam bentuk E-book (Format PDF) dan harganya HANYA RM10.00

Bagaimana Kaedah Bayaran:

Kaedah Bayaran SAMA seperti pembelian E-book Himpunan Pelajaran Gayong. Cuma anda kena maklumkan pembelian adalah bagi buku Sejarah Silat Seni Gayong



2 comments:

  1. tahniah,tetapi nak tanya,klu ikit gambar di atas kenapa menggunakan logo gayong USA????logo gayong malaysia kan ada..terdapat perbezaan yg nyata diantara logo pssgm USA dan PSSGM di malaysia..walhal malaysia ialah bermulanya silat gayong,bukan USA,logo harus di beri perhatian semula..x perasan???tengok hulu kerisnya,sepatut hulu keris ke bawah,tgk bulan dan bintangnya,sepatut bulan lagi besar dari bintang..melambangkang islam agama yg benar..x caya cuba tgk pada raya puasa yg kedua setiap tahun,bulan dan bintang bercahaya di langit..bulan yg besar di bawah dan bintang yg kecil di atas,sama seperti logo..harimau pun tersengih,cam kucing..yg paling jelas peta malaysia menunjukkan gayong berasal dari sini..harap diberi perhatian perkara ini..tahniah utk saudara kerana memperbanyakan bahan bacaan sejarah utk gayong..apa sy utarakan hanya utk nasihat sesama gayong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kerel : rasanya soal logo tu tak sepatutnya dipertikaikan..logo hanya membezakan kawasan.. kita segayong merupakan serumpun saudara yang sama tarafnya.. tiada bezanya walaupun berlainan tempat antara usa ataupun malaysia.. maaf andai ada tersilap kata..

      Delete